Wednesday, January 13, 2010

Cara mengenal jantina anak ayam

Salam semua,

Kali ni aku nak kongsi ilmu yang aku dapat lepas tengok video hatchery di youtube. Dengan teknologi internet, segalanya di hujung jari. Ni pasal nak kenal jantina anak ayam. Sebelum ni aku pernah jugaklah diperkecilkan bila aku berkongsi cara orang kampung nak kenal jantina anak ayam. Aku ada cerita pasal kenal jantina mengikut bulu ayam.. Rupa-rupanya Mat Salleh pun dah bertahun guna cara tu.

Pasal Mat Salleh ni, aku hairan macam mana mereka punya teknologi penetasan boleh jadi begitu moden sedangkan kita yang kecil-kecil ni baru nak belajar cara nak tetaskan anak ayam. Aku tak pastilah macam mana bantuan kerajaan Mat Salleh ni. Di Malaysia ni peruntukan kerajaan dalam bidang pertanian dan penternakan berpuluh juta setahun. Kita pun ada Kementerian Asas Tani. Untuk haiwan ada jabatan veterinar, untuk pertanian ada Jabatan Pertanian. Sepatutnya bila penternak atau petani bertanya pasal pertanian atau penternakan, pasti ada jawapan bagi setiap persoalan. Tapi malangnya ada sesetengah jabatan yang bila tanya cara macam mana nak tanam pokok buah naga mereka bagi jawapan tak tahu. Tanya mana nak dapat benih pokok naga, jawapannya takde. Abis tu apa yang ada???!!!
At last kenalah bayar kepada tauke-tauke besar yang kita pun tahu siapa biasanya yang jadi tauke-tauke ni. Ni namanya bayar untuk pemindahan teknologi. Sama juga dengan penternakan burung walet, tanya pihak berkenaan dibaginya buku berbahasa Inggeris dan Cina. Bukan semua rakyat Malaysia ni ada Diploma tau ada Degree. Aku pun pelik kenapa buku Bahasa Malayu takde. Miskin sangatkah orang Melayu hingga tak terjangkau dek akal nak terbitkan buku bahasa Melayu. Internet kan ada... Ye memang internet ada... Tapi bagi warga emas yang tidak pernah menggunakan Internet bagaimana pula? Kebanyakkan yang ada modal besar ni biasanya warga emas sebab ada wang kwsp dan simpanan sejak berpuluh-puluh tahun.

Aku bukan emosional cuma menggambarkan realiti pertanian dan penternakan di negara kita ni jika dibandingkan dengan mereka yang telah jauh meninggalkan kita. Apa salahnya jika kerajaan Malaysia melaburkan untuk penyelidikan atau pemindahan teknologi di dalam bidang pertanian dan penternakan. Aku tau memang ada penyelidikan yang dibuat namun hanya tertumpu pada sesuatu tanaman atau ternakan sahaja. Bila dah dapat hasil penyelidikan, kerajaan Malaysia WAJIB menyiarkan hasil penyelidikan kepada rakyat. Ini kerana segalanya menggunakan WANG RAKYAT. Untuk Barisan Nasional memiliki 4 negeri 'itu' masih banyak yang perlu dilakukan. War-warkan 1 Malaysia namun kita makin berpecah. Media asing dah mula merendah-rendahkan negara kita!!! Aku bukan merendahkan kemampuan mana-mana pihak tapi itulah realitinya bila menceburi bidang pertanian dan penternakan. Jiwa kena kuat, hati mesti kering!!!!!

Banyak lagi yang akan aku bentangkan ini hanyalah sekadar permulaan. Semoga kita semua berusaha memajukan diri masing-masing... Opsss terlupa pula pasal cara nak kenal jantina ayam.. Jom kita tengok gambar dibawah...



Female = Betina
Male = Jantan

7 comments:

Anonymous said...

saya pelajar tahun akhir universiti putra malaysia dalam bidang bioindustri.

saya berminat dalam perusahaan tani ni.. bole sy tau apa email saudara? saya ada beberapa soalan la

thanks,
Mira

Anonymous said...

info menarik

Unknown said...

Setuju dengan saudara...saya salah seorang graduan bidang pertanian Dan Penternakan....bukan mudah untuk mencipta tapak sendiri dalam.bidang tersebut...perlukan semangat juang Dan usaha yang tinggi...Dan tidak dilupakan dorongan yang kuat...saya juga meneliti perbezaan bidang pertanian Dan Penternakan di luar negara Dan dalam negara...sejujurnya...jauh perbezaan...jika cara yang dilakukan dinegara luar kita ikuti...percayalah...kadar pengganguran negara berkurang kerana berkembangnya pelbagai bidang di dalam negara Dan akan lahirlah ramai usahawan dari golongan muda serta dapat memajukan sektor pertanian Dan Penternakan negara ke tahap yang dibanggakan...

Unknown said...

Setuju dengan saudara...saya salah seorang graduan bidang pertanian Dan Penternakan....bukan mudah untuk mencipta tapak sendiri dalam.bidang tersebut...perlukan semangat juang Dan usaha yang tinggi...Dan tidak dilupakan dorongan yang kuat...saya juga meneliti perbezaan bidang pertanian Dan Penternakan di luar negara Dan dalam negara...sejujurnya...jauh perbezaan...jika cara yang dilakukan dinegara luar kita ikuti...percayalah...kadar pengganguran negara berkurang kerana berkembangnya pelbagai bidang di dalam negara Dan akan lahirlah ramai usahawan dari golongan muda serta dapat memajukan sektor pertanian Dan Penternakan negara ke tahap yang dibanggakan...

ternak kelinci said...

thanks infonya

ternak kelinci | Cara Mengawinkan kelinci

ternak kelinci | Cara Mengobati scabies pada kelinci
ternak kelinci | kelinci jenis lop
jual bibit kelinci | makanan bahaya bagi kelinci

jual bibit indukan kelinci | gejala penyakit serius pada kelinci

kelinci said...

waduh jarang-jarang nemui artikel berbobot macam ini. Thanks
Kelinci

Amisha said...

Saya telah berpikir bahwa semua perusahaan pinjaman online curang sampai saya bertemu dengan perusahaan pinjaman Suzan yang meminjamkan uang tanpa membayar lebih dulu.

Nama saya Amisha, saya ingin menggunakan media ini untuk memperingatkan orang-orang yang mencari pinjaman internet di Asia dan di seluruh dunia untuk berhati-hati, karena mereka menipu dan meminjamkan pinjaman palsu di internet.

Saya ingin membagikan kesaksian saya tentang bagaimana seorang teman membawa saya ke pemberi pinjaman asli, setelah itu saya scammed oleh beberapa kreditor di internet. Saya hampir kehilangan harapan sampai saya bertemu kreditur terpercaya ini bernama perusahaan Suzan investment. Perusahaan suzan meminjamkan pinjaman tanpa jaminan sebesar 600 juta rupiah (Rp600.000.000) dalam waktu kurang dari 48 jam tanpa tekanan.

Saya sangat terkejut dan senang menerima pinjaman saya. Saya berjanji bahwa saya akan berbagi kabar baik sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman mudah tanpa stres. Jadi jika Anda memerlukan pinjaman, hubungi mereka melalui email: (Suzaninvestment@gmail.com) Anda tidak akan kecewa mendapatkan pinjaman jika memenuhi persyaratan.

Anda juga bisa menghubungi saya: (Ammisha1213@gmail.com) jika Anda memerlukan bantuan atau informasi lebih lanjut