Sunday, October 25, 2009

MPV Aku... (MPV tuh multi purpose vehicle kan???)

Salam semua...

Kali ni aku nak cerita kisah kereta aku.. Ops... Jangan salah sangka ye, bukan nak cerita tahap kepoweran kereta aku, tapi nak cerita kisah aku dan kereta aku di bidang pertanian dan penternakan ni...

Aku gunakan konsep mulakan dengan apa yang aku ada untuk mulakan bisnes. Ape2 bisnes akulah, kedai baju ke... ayam ke... kambing ke... Sebab tu aku gunakan kereta aku sebagai alat pengangkutan untuk bisnes aku. Bawak rumput untuk kambing, bawak kayu untuk buat reban ayam dan kandang kambing, bawak kambing bapak aku yang melarikan diri dari kandang, bawak kambing yang aku beli dan macam-macam lagilah... Korang tengoklah sendiri gambar-gambar kat bawah ni... Nilah semangat Malaysia Boleh aku!!!!! Bapak aku selamba bawak biri-biri naik merc sampai aku pun kena pangku biri-biri dalam kereta.. hehehe...

Nikan pulak kereta kebal aku tu... apalah sangat... Janji kerja bereh!!!!

Doakanlah aku ye kawan-kawan moga aku sukses dalam usaha aku ni....




Ni kayu aku amik untuk projek mega ayam kampung ori aku... memang tak cukup.. terpaksa beli kayu second hand..




Ni rumput untuk kambing. Biasa 4-5 guni sehari aku amik...




Yang ni masa sukan tadika. Barang2 tuh semua aku masukkan dalam kereta... Masa ni kedai aku baru bukak.. tengah buat marketing le ni...

Wednesday, October 14, 2009

Kisah ayam kampung aku...




Reban pertama aku.. Hehehe, jangan gelak ye.. Tangan orang menekan keyboard komputer tetiba bertukang.. Ni lah hasilnye..



Reban kedua aku. Besar sikit dari yang pertama.. Aku letak bersebelahan dengan reban pertama.



Yang ni bapak aku upah tukang buat kat belakang umah bapak aku je... Memang best..


Salam...

Kali ni aku nak cerita kisah aku ternak ayam kampung. Sebenarnya minat aku timbul bila baca artikel2 pasal ayam kampung. Masa tu aku baru pindah ke rumah yang aku duduk sekarang ni. Dulu masa duduk rumah lama, hari-hari aku gi kandang kambing, buat unggun api, bersihkan kandang, bagi kambing makan dan macam-macam lagi ar... Selalunya akulah yang gi amik rumput kat kebun buah naga tuh dalam 4-5 guni... Aku sumbat je dalam kereta aku tu.. Kekadang wife ak geleng kepala je tengok kereta aku selalu ada rumput yang tertinggal sikit-sikit...

Settle hal kambing aku gi kebun buah naga pulak. Cantas tunas-tunas yang tak perlu, petik buah naga dan malam pulak aku kahwinkan buah naga. Member aku selalu perli aku.. jadi tok kadi ke bang??? hehehehe... aku sengih je ar... Buah naga ni nak kena kahwinkan baru buah dia manis dan besar. Time nak kahwinkan pulak malam je... dalam pukul 9.30 pm gitu.. kene tunggu bunga kembang baru boleh amik debunga dia.. Nantilah aku tunjuk cara bunga naga dikahwinkan... hehehe...

Jadinye, bila dah pindah umah baru ni aku jadi mati kutu... Asalnya nak buat cendawan kat sebelah umah kosong aku ni.. tapi modal plak terhad sesangat.. kenalah hold dulu projek cendawan aku tu.. So.. aku gi keje balik keje... tu jelah keje aku... Nak gi melawat kambing-kambing pun kekadang rasa malas je.. Bukan ape, aku bila dah jumpe kambing nanti time nak balik umah aku.. aku sedih je sebab terpaksa tinggalkan dorang... dorang pulak mengembek ngembek panggil aku... lagilah aku sedih... huhuhu...

Last-last untuk hilangkan kebosanan aku... aku plan nak bela ayam sikit-sikit... Kebetulan pulak akak yang jual nasi lemak kat kampung sebelah aku ni ada jual anak-anak ayam... Tu pun secara tak sengaja aku terdengar orang tanya dia pasal ayam kampung dia... Aku pun tanya dia boleh tak pergi tengok tempat dia ternak ayam kampung... So... bila dah sampai sana aku tengok senang je akak ni bela ayam kampung... Aku pun belilah 3 ekor je anak ayam kampung umur seminggu... Lepas beberapa bulan tengok 3 ekor anak ayam tu sihat je.. aku pun tambahlah lagi anak-anak ayam.. Memang tak susah kalau bela sikit-sikit... Tapi kalau dah bela berpuluh-puluh ekor baru tahu langit tinggi rendah.. hehehe.. yang tu aku cerita kemudian je ar...

Kat dalam internet ni lah aku kenal shaiful dari citypullagro. Banyak dia ajar aku pasal ayam-ayam ni selain makcik ngan abang yang tinggal berjiran ngan aku... Kekadang aku selalu gak ngeteh ngan shaiful, bincang pasal ayam kampung.. Dia pun nak start dah buat kelas ayam kampung. Sudi-sudikanlah singgah blog shaiful untuk maklumat tentang ayam kampung ori... Sekarang aku dalam proses mengumpul material untuk projek mega ayam kampung ori... hehehe... Nanti aku update lagi..

Okaylah, kang bosan pulak korang semua baca cerita panjang lebar aku ni. Moga blog ni suatu hari akan jadi rujukan anak cucu aku tentang apa bapak atau datuk dorang dulu buat masa muda-muda... Amin!!!




Saturday, October 3, 2009

Jualan Kambing!!!!

Setelah lebih setahun terlibat dengan bidang ternakan kambing, tibalah masa untuk kami menjual kambing-kambing kami pula.

Harga yang ditawarkan amat menarik!!!

Tawaran pertama!!!



Kambing Feral 30kg ke 45 kg
Harga: RM650.00
Upah sembelih dan Lapah: RM30.00

Sila hubungi Azman Bin Rosman di 019-3025 234 untuk sebarang pertanyaan.

Tawaran Kedua!!!



Kambing Biri-Biri Betina Dewasa
Harga: RM450.00

Sila hubungi Azman Bin Rosman di 019-3025 234 untuk sebarang pertanyaan.

Tawaran Ketiga!!!

Khas untuk mereka yang menggemari khasiat dan rasa susu kambing!!!

Harga: RM6.00 untuk 250ml

Susu yang kami bekalkan tidak mempunyai bau kambing walaupun ianya memang susu kambing tulen. Ini kerana ada pelanggan yang mengadu susu kambing kami tidak mempunyai bau kambing seperti susu kambing di hyper market....

Sila hubungi Azman Bin Rosman di 019-3025 234 untuk sebarang pertanyaan.

Projek-projek kami!!

Gambar-gambar usaha tani dan ternak!!!



Ternakan Ayam Kampung




Ternakan kambing



Tanaman Buah Naga



Rumah Burung Walet

Saya letakkan gambar-gambar projek kami untuk tatapan pengunjung semua.... Insya Allah kami akan letak lebih banyak gambar yang menarik pada masa akan datang.

Salam Perkenalan dari Ladang Polaris

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera,

Salam perkenalan buat semua pengunjung Ladang Polaris. Blog Ladang Polaris ini saya wujudkan sebagai medium perantaraan antara diri saya dan semua rakan penternak dan petani du luar sana. Juga sebagai rekod untuk saya rujuk semula suatu masa nanti.

Buat makluman semua, segala projek pertanian dan penternakan Ladang Polaris ini adalah hasil daripada usaha ayahanda saya, Tuan Haji Rosman Bin Dolah Suari. Beliau merupakan pelabur, penasihat dan penaung Ladang Polaris. Ladang Polaris menjalankan projek tanaman buah naga, ternakan kambing dan ayam kampung, ternakan burung walet dan juga projek tisu kultur untuk benih cendawan.

Setakat ini sahajalah untuk kali ini. Semoga bertemu di lain masa.