Sunday, December 27, 2009

Sambungan...

PART TWO

Salam semua pelawat,

Kali ni aku nak sambung lagi kisah aku. Lepas tamat sekolah rendah, aku sambung study aku kat Bukit Bintang Boys Secondary School kat Petaling Jaya. Masa Form 1 aku tinggal di Asrama Doktor Latif under Yayasan selangor. Tapi setahun je aku kat Asrama Doktor Latif (ADL) tu sebab lepas tu Yayasan Selangor tutp Asrama Doktor Latif dan pindahkan semua student ke Asrama Tun Doktor Ismail (ATDI). Kira aku ni last generation of ADL. Masa kat ADL ni memang best, hostel tepi sungai dan padang bola mini pun tepi sungai. Padang bola mini tu sebelah kanan sungai dan sebelah kiri jalan raya. Tiap kali bola masuk sungai adalah yang kene masuk sungai tu ambik bola. Heheheh... tapi kalau aku yang sepak bola tu masuk sungai senior tak bagi aku masuk sungai tu sebab aku kecik sangat, takut lemas pulak nanti. Tu kisah bola masuk sungai, belum lagi bola keluar ke jalan raya. Tiap kali bola keluar ke jalan raya memang kereta semua slow sebab tak nak langgar bola tu. Memang sporting pemandu-pemandu area situ, mereka tau tiap-tiap petang memang student main bola kat situ. Tak pernah pun student kene marah kalau bola keluar ke jalan raya. Pernah juga bola yang aku sepak meletup kene langgar kereta yang tak sempat nak brake.. Hehehe...
Penghuni hostel ADL semua naik bas gi sekolah. Walaupun satu hostel tapi student berlainan sekolah. Sekolah-sekolah tu Bukit Bintang, St. John dan Methodist. Student St. Kira student BB paling jauh ar naik bas gi sekolah. Yang lain-lain dekat je sebab ADL tu kat Jalan Gurney, KL je.

Lepas naik form two, aku pindah ke ATDI. Masa ni memang ramai student dari berlainan sekolah under satu hostel, BBBS, MBS, St. John, Victoria Institution, La Salle PJ, Cochrane dan Aminudin Baki. Masa memula memang tak berapa ngam ex-ADL dan ATDI.. tapi lama-lama semua boleh ngamlah. Lepas tu masa form three aku pindah dok umah sebab bosan sangat dah dok hostel. Masa form three aku skolah kat SMK Telok Datuk, Banting sampailah form Five. Takat tu je lah kisah aku bersekolah. Lepas abih sekolah aku sambung matrik UPM kat INPENS masa tu kat Menara Maxisegar, tu pun seminggu je sebab aku dapat offer amik diploma sains komputer under francais UPM kat Institut Kota, Melaka. Memang mencabar betul amik sains komputer ni bagi aku. Ye lah aku nak on pc pun tak tau.. apa lagi nak shutdown pc.. Memang Buta IT betullah. Tapi usaha tangga kejayaan... Aku abih diploma dua tahun then sambung degree pulak kat francais under UPM juga di Kolej Teknologi Cybernetics. Actually aku sambung degree sebab rasa diploma je tak leh nak hidup senang. Masa tu pendedahan terhadap perniagaan tu takde. Masa amik diploma aku sempat juga keje sebagai pembantu Cyber Cafe di Anjung Info, berdekatan dengan Stesen Bas Ekspress Melaka. Niat aku nak belaja mcm mana dorang set up kan CC tu, tapi brader-brader tu tak sempat nak ajar aku sebab sibuk. Kalaulah masa tu aku ada pendedahan tentang bisnes tentu masa ni aku dah ada CC. Tapi itu semua pengalaman hidup, kita kene ambik tahu benda sekeliling kita. Dulu masa belajar, pikir lepas grad je nak carik keje. Ingat keje makan gaji ni best tapi rupenya tak sesuai ngan jiwa aku. Dulu mana tau pasal karenah bos, opis mate, opis politik dan mcm2 lagi. Ingat gi keje balik keje je... Hahaha... memang tak sesuai. Tapi dalam tak sesuai tu 5 tahun jugaklah aku paksa diri aku keje, kira okaylah jugak..

Pada pendapat aku, sepatutnya ada subjek usahawan dari sekolah rendah lagi. Biar student dapat pendedahan dari awal lagi. Tapi aku ni siapa nak cakap hal pendidikan.. hehehehe... Takat degree je apelah sangat sekarang ni. Ramai yang ada PHD sekarang ni. Okaylah, takat ni je dulu buat kali ni... nanti ada masa aku sambung lagi...

p/s: Aku ada add link ke ruang soal jawab JAKIM tentang korban dan aqiqah. Nak aku taip dalam ni kene banned ngan JAIS pulak karang sebab takde 'TAULIAH'. Fikir-fikirkan... Kalau anak-anak kita mengaji ngan orang-orang kampung yang arif dalam Al-Quran pun kira mereka tu tak layak sebab takde tauliah ke... Lagi sekali... fikir-fikirkan... Siapalah aku ni... Takat dapat A1 subjek agama dalam SPM je..

Sunday, December 13, 2009

Kisah aku budak Olak Lempit, Banting, Selangor - PART 1 !!!

Salam semua,

Kali ni aku nak ceritakan serba sedikit latar belakang hidup dan pendidikan aku. Ramai yang tanya kenapa IC aku kod kat tengah tu 04 bukan 10, sebenarnya aku ni dilahirkan pada pada 10 Julai, 1980 di Hospital Besar Melaka. Walaupun lahir di Melaka aku ni sejak dari kecil lagi dok KL dan Selangor. Aku pernah tinggal di Setinggan Kampung Sungai Kerayong, dekat dengan Taman Maluri, Cheras sampai umur aku 5 tahun. Lepas tu pindah ke Batu 2.5 Jalan Kapar, Klang dekat dengan Tanjung Syawal. Umur aku 13 tahun pindah lagi, kali ni kat Kampung Olak Lempit, Banting, Selangor. Lepas pindah Banting ni memang aku tak pindah mana-mana lagi setakat ni cuma time study dulu aku memang dok kat luar ar. Tu lah serba sedikit kisah aku yang berpindah randah. Aku pernah dok setinggan, pernah dok rumah semi bungalow, dan sekarang aku dok kat rumah sewa bapak aku kat Olak Lempit ni jugak. Daripada kosong je baik aku duduk, boleh aku jaga sekali rumah ni.

Dulu sekolah kat mana??? Aku tadika kat Tadika Tanjung Syawal, Klang. Sape-sape yang pernah belajar kat tadika tu tahun 1986 boleh ar calling-calling aku. Aku tak abih pun pengajian tadika aku sebab aku cuti lama sampai tadika tutup sebab kaki aku tersepit kat jari-jari basikal... Hehehe... sakit wo!!! Sebab tuh aku darjah dua baru pandai membaca... Hehehe... Usaha Tangga Kejayaan!!! Aku dulu sekolah rendah dari tahun 1987 ke 1992 di Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Klang. Sape-sape yang satu sekolah ngan aku dulu boleh ar call aku... Baru-baru ni aku jumpe balik member yang dulu naik satu van masa sekolah rendah lepas 17 tahun tak dengar khabar, Razif Yahya. Thanks ajib sebab ingat aku lagi. Antara kawan-kawan aku masa sekolah rendah yang aku ingat, Azmi Abu Bakar, Rachmat Shah, Mohd Adib, Effirul, Mohd Rosni, Narun, Lokmanul Hakim, Suji Farisya, Nor Zaiha, Nor Fadhlin, Nor Sabrina, Siti Shafizah, Juliana... ermm ramai gak yang aku ingat erk... Power gak memory aku ni.. Yang aku tak sebutkan nama jangan kecik hati ye, kadang-kadang aku ingat muka tapi nama tu aku lupa. So, sape-sape yang ingat lagi aku, call/sms lah aku.

Ape da cerita panjang-panjang. Jangan marah ye, aku just nak catatkan je perjalanan hidup aku biar aku tak lupa bila aku tua nanti. Tamatlah sudah part 1. Next time aku sambung lagi... So... rajin-rajinlah ye jenguk blog aku kalau boring-boring tuh...

Friday, December 11, 2009

Sumbangan aku..

Salam,

Aku ada buat iklan kat blog kawan-kawan tentang paper work loan untuk ternakan kambing yang aku boleh bagi free... Memang ada respon, ada yang dah dapat pun paper work yang aku emel. Semoga mereka semua berjaya mendapat pinjaman yang diperlukan. Aku bagi free je sebab aku dapat pun free dari romatech agro, kalau nak bagi sumbangan boleh bagi kat romatechagro. Tokey romatech agro tu aku jumpe kat bicara jutawan. Bicara jutawan tu ramai otai-otai, jutawan pun ada dalam tu tapi dorang memang takkan ngaku sebab low profile. Kat dalam tu lah aku kenal orang kita yang ikhlas bantu-membantu satu sama lain. Aku gaduh pasal politik pun dalam tuh, hehehe... tapi bila masuk thread bisnes boleh jadi kawan. Itu yang menariknya bicara jutawan tu. Berbalik pasal paper work, aku tau memang pening kepala buat paper work ni kalau takde contoh. Buktinya paper work aku pun makan masa yang lama untuk disiapkan. Itu pun sebab aku dapat paper work dari romatech agro. Buat kawan-kawan semua, doakanlah aku dapat loan ye. Mudah untuk segala projek aku berjalan.

Kali ni aku tak masukkan gambar, saje je aku update blog aku ngan masukkan template baru. Yelah, pasal ladang tapi background bunge, tak relevan kata wife aku.. hehehe... Buat makluman semua, aku dah bagi notis 3 bulan perletakan jawatan aku sebagai eksekutif kejuruteraan sistem di sebuah kilang besi gergasi di Banting ni. Orang Banting taulah kilang ape... hehehe... 5 tahun lebih aku keje kat kilang tu, macam-macam pengalaman aku dapat. Dapat kerja ape??? Aku tak apply pun job kat mana-mana. Aku nak tumpukan perhatian penuh kat projek-projek bapak aku tu, campur handle kedai baju ngan ternak ayam kampung ori je... Bak kata orang putih, I am a master of my fate and I am a master of my soul!!!!

Apa nak hairan aku berhenti kerja? CEO pun ada yang resign, PM pun resign ni kan pulak ordinary people macam aku. Saving dah cukup ke??? Ermm... kalau aku ada rm5 juta pun takde sape berani jamin duit tu takkan habis.. Betul tak??? Penah dengar cerita bekas jutawan dari Thailand yang jual sandwich lepas bisnes dia bungkus??? Aku bukan gelakkan dia, tapi kagum dengan semangat dia bangkit semula selepas kegagalan sementara. Ada orang sampai bunuh diri sebab bisnes bungkus. Kalau nak cari alasan tak nak resign memang berjuta alasan boleh bagi, tapi bagi aku cukuplah setakat ni aku makan gaji. Biar aku tentukan hidup aku sendiri. Bagi yang bahagia makan gaji tu teruskanlah. Buatlah apa yang buat hidup kita bahagia. Janganlah kita cuma mengikut apa yang orang lain lakukan.

Takat ni jelah curahan isi hati aku kali ni, sape-sape yang nak paper work loan kambing free bagitaulah aku. SMS nama, alamat emel dan alamat rumah. Boleh aku buat database kenalan aku dalam bidang ternakan ni. Semuanya percuma, aku tak charge ape pun. Cuma aku mohon doakanlah aku berjaya dan bahagia dalam hidup dan bisnes aku. Banyak lagi agenda aku yang belum terlaksana... Mak Bapak aku, mak bapak mertua aku, anak isteri aku, jiran-jiran aku, orang kampung, rakan-rakan aku dan seluruh insan lain.

Salam dari Azman Bin Rosman.
From Olak Lempit to Malim Jaya then to Kampung Kerayong, KL then to Olak Lempit again!!!

p/s: Butik Polaris ada offer, singgahlah kejap... hehehe.. promote sikit!!!

Sunday, October 25, 2009

MPV Aku... (MPV tuh multi purpose vehicle kan???)

Salam semua...

Kali ni aku nak cerita kisah kereta aku.. Ops... Jangan salah sangka ye, bukan nak cerita tahap kepoweran kereta aku, tapi nak cerita kisah aku dan kereta aku di bidang pertanian dan penternakan ni...

Aku gunakan konsep mulakan dengan apa yang aku ada untuk mulakan bisnes. Ape2 bisnes akulah, kedai baju ke... ayam ke... kambing ke... Sebab tu aku gunakan kereta aku sebagai alat pengangkutan untuk bisnes aku. Bawak rumput untuk kambing, bawak kayu untuk buat reban ayam dan kandang kambing, bawak kambing bapak aku yang melarikan diri dari kandang, bawak kambing yang aku beli dan macam-macam lagilah... Korang tengoklah sendiri gambar-gambar kat bawah ni... Nilah semangat Malaysia Boleh aku!!!!! Bapak aku selamba bawak biri-biri naik merc sampai aku pun kena pangku biri-biri dalam kereta.. hehehe...

Nikan pulak kereta kebal aku tu... apalah sangat... Janji kerja bereh!!!!

Doakanlah aku ye kawan-kawan moga aku sukses dalam usaha aku ni....




Ni kayu aku amik untuk projek mega ayam kampung ori aku... memang tak cukup.. terpaksa beli kayu second hand..




Ni rumput untuk kambing. Biasa 4-5 guni sehari aku amik...




Yang ni masa sukan tadika. Barang2 tuh semua aku masukkan dalam kereta... Masa ni kedai aku baru bukak.. tengah buat marketing le ni...

Wednesday, October 14, 2009

Kisah ayam kampung aku...




Reban pertama aku.. Hehehe, jangan gelak ye.. Tangan orang menekan keyboard komputer tetiba bertukang.. Ni lah hasilnye..



Reban kedua aku. Besar sikit dari yang pertama.. Aku letak bersebelahan dengan reban pertama.



Yang ni bapak aku upah tukang buat kat belakang umah bapak aku je... Memang best..


Salam...

Kali ni aku nak cerita kisah aku ternak ayam kampung. Sebenarnya minat aku timbul bila baca artikel2 pasal ayam kampung. Masa tu aku baru pindah ke rumah yang aku duduk sekarang ni. Dulu masa duduk rumah lama, hari-hari aku gi kandang kambing, buat unggun api, bersihkan kandang, bagi kambing makan dan macam-macam lagi ar... Selalunya akulah yang gi amik rumput kat kebun buah naga tuh dalam 4-5 guni... Aku sumbat je dalam kereta aku tu.. Kekadang wife ak geleng kepala je tengok kereta aku selalu ada rumput yang tertinggal sikit-sikit...

Settle hal kambing aku gi kebun buah naga pulak. Cantas tunas-tunas yang tak perlu, petik buah naga dan malam pulak aku kahwinkan buah naga. Member aku selalu perli aku.. jadi tok kadi ke bang??? hehehehe... aku sengih je ar... Buah naga ni nak kena kahwinkan baru buah dia manis dan besar. Time nak kahwinkan pulak malam je... dalam pukul 9.30 pm gitu.. kene tunggu bunga kembang baru boleh amik debunga dia.. Nantilah aku tunjuk cara bunga naga dikahwinkan... hehehe...

Jadinye, bila dah pindah umah baru ni aku jadi mati kutu... Asalnya nak buat cendawan kat sebelah umah kosong aku ni.. tapi modal plak terhad sesangat.. kenalah hold dulu projek cendawan aku tu.. So.. aku gi keje balik keje... tu jelah keje aku... Nak gi melawat kambing-kambing pun kekadang rasa malas je.. Bukan ape, aku bila dah jumpe kambing nanti time nak balik umah aku.. aku sedih je sebab terpaksa tinggalkan dorang... dorang pulak mengembek ngembek panggil aku... lagilah aku sedih... huhuhu...

Last-last untuk hilangkan kebosanan aku... aku plan nak bela ayam sikit-sikit... Kebetulan pulak akak yang jual nasi lemak kat kampung sebelah aku ni ada jual anak-anak ayam... Tu pun secara tak sengaja aku terdengar orang tanya dia pasal ayam kampung dia... Aku pun tanya dia boleh tak pergi tengok tempat dia ternak ayam kampung... So... bila dah sampai sana aku tengok senang je akak ni bela ayam kampung... Aku pun belilah 3 ekor je anak ayam kampung umur seminggu... Lepas beberapa bulan tengok 3 ekor anak ayam tu sihat je.. aku pun tambahlah lagi anak-anak ayam.. Memang tak susah kalau bela sikit-sikit... Tapi kalau dah bela berpuluh-puluh ekor baru tahu langit tinggi rendah.. hehehe.. yang tu aku cerita kemudian je ar...

Kat dalam internet ni lah aku kenal shaiful dari citypullagro. Banyak dia ajar aku pasal ayam-ayam ni selain makcik ngan abang yang tinggal berjiran ngan aku... Kekadang aku selalu gak ngeteh ngan shaiful, bincang pasal ayam kampung.. Dia pun nak start dah buat kelas ayam kampung. Sudi-sudikanlah singgah blog shaiful untuk maklumat tentang ayam kampung ori... Sekarang aku dalam proses mengumpul material untuk projek mega ayam kampung ori... hehehe... Nanti aku update lagi..

Okaylah, kang bosan pulak korang semua baca cerita panjang lebar aku ni. Moga blog ni suatu hari akan jadi rujukan anak cucu aku tentang apa bapak atau datuk dorang dulu buat masa muda-muda... Amin!!!




Saturday, October 3, 2009

Jualan Kambing!!!!

Setelah lebih setahun terlibat dengan bidang ternakan kambing, tibalah masa untuk kami menjual kambing-kambing kami pula.

Harga yang ditawarkan amat menarik!!!

Tawaran pertama!!!



Kambing Feral 30kg ke 45 kg
Harga: RM650.00
Upah sembelih dan Lapah: RM30.00

Sila hubungi Azman Bin Rosman di 019-3025 234 untuk sebarang pertanyaan.

Tawaran Kedua!!!



Kambing Biri-Biri Betina Dewasa
Harga: RM450.00

Sila hubungi Azman Bin Rosman di 019-3025 234 untuk sebarang pertanyaan.

Tawaran Ketiga!!!

Khas untuk mereka yang menggemari khasiat dan rasa susu kambing!!!

Harga: RM6.00 untuk 250ml

Susu yang kami bekalkan tidak mempunyai bau kambing walaupun ianya memang susu kambing tulen. Ini kerana ada pelanggan yang mengadu susu kambing kami tidak mempunyai bau kambing seperti susu kambing di hyper market....

Sila hubungi Azman Bin Rosman di 019-3025 234 untuk sebarang pertanyaan.

Projek-projek kami!!

Gambar-gambar usaha tani dan ternak!!!



Ternakan Ayam Kampung




Ternakan kambing



Tanaman Buah Naga



Rumah Burung Walet

Saya letakkan gambar-gambar projek kami untuk tatapan pengunjung semua.... Insya Allah kami akan letak lebih banyak gambar yang menarik pada masa akan datang.

Salam Perkenalan dari Ladang Polaris

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera,

Salam perkenalan buat semua pengunjung Ladang Polaris. Blog Ladang Polaris ini saya wujudkan sebagai medium perantaraan antara diri saya dan semua rakan penternak dan petani du luar sana. Juga sebagai rekod untuk saya rujuk semula suatu masa nanti.

Buat makluman semua, segala projek pertanian dan penternakan Ladang Polaris ini adalah hasil daripada usaha ayahanda saya, Tuan Haji Rosman Bin Dolah Suari. Beliau merupakan pelabur, penasihat dan penaung Ladang Polaris. Ladang Polaris menjalankan projek tanaman buah naga, ternakan kambing dan ayam kampung, ternakan burung walet dan juga projek tisu kultur untuk benih cendawan.

Setakat ini sahajalah untuk kali ini. Semoga bertemu di lain masa.