Thursday, July 18, 2013

Mungkin akan aktif semula...In shaa Allah... Terlalu panjang kisahnya...

Friday, October 26, 2012

Come back???!!! Maybe....

Wednesday, January 20, 2010

Nasib Peniaga Melayu

Dilema usahawan bumiputera

Oleh ROHANA MAN
rohana.man@utusan.com.my

LEBIH sembilan bulan yang lalu, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) dibubarkan apabila Kabinet baru di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dibentuk.

Sepanjang tempoh itu, banyak isu berbangkit termasuk desakan pihak tertentu agar MeCD diwujudkan semula. Ia diperkatakan dari semasa ke semasa sehingga hari ini.

Antara yang memohon agar kerajaan mengkaji semula pembubaran itu adalah Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM).

Dalam laporan Utusan Malaysia bertarikh 15 April 2009, DPMM mendakwa menerima banyak rungutan yang berbaur kebimbangan terutama daripada kalangan usahawan kecil mengenai nasib 11 agensi yang berada di bawah kementerian yang dibubarkan itu.

Meneliti kebimbangan itu, ternyata ia ada benarnya memandangkan banyak usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) seolah-olah tiada tempat mengadu kerana 'robohnya' tempat mereka bernaung selama ini.

Walaupun kerajaan menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan bahawa pembubaran MeCD tidak akan menjejaskan kepentingan masyarakat bumiputera di negara ini dan golongan usahawan bumiputera tidak akan diabaikan, namun apa yang berlaku tidak seperti yang digambarkan.

Usahawan bumiputera kini dikatakan berada dalam dilema memandangkan segala penstrukturan semula dan strategi penyerapan agensi MeCD ke dalam kementerian lain seolah- olah belum dilaksanakan.

Dalam kemelut ekonomi yang tidak menentu kini, apatah lagi kesan kejatuhan ekonomi yang masih berbahang, sudah tentu ada segelintir usahawan bumiputera yang 'kepanasan' dek kerana tiada pihak yang tepat boleh ditemui untuk meredakan bahang tersebut.

Bayangkan ada usahawan kecil di bandar Jerantut yang terkenal sebagai pintu masuk ke Taman Negara Pahang masih bergelut untuk memajukan bisnes pelancongan yang dibukanya di situ.

Pinjaman untuk mengubah suai premis sedia ada sebanyak RM500,000 yang dipohon daripada bank SME pada Mac tahun lalu masih 'tergantung' sehingga hari ini.

Pengusaha terbabit, Marodzuan Abd. Ghani, 45, berkata, pihaknya telah hampir setahun menghantar kertas cadangan untuk membesarkan kafe dan motel yang dibukanya di Jerantut, Pahang.

Menurutnya, kertas cadangan yang dihantar pada bulan Mac tahun lalu sehingga kini masih terperap di pejabat bank SME cawangan Kuantan.

"Proposal dah bagi tetapi bila saya semak, pegawai terbabit beritahu proposal itu belum dihantar ke ibu pejabat di Kuala Lumpur. Bayangkan, sudah hampir setahun, proposal itu masih disimpan di pejabat Kuantan.

"Bila ditanya kenapa ambil masa yang terlalu lama untuk menghantar proposal itu ke Kuala Lumpur, banyak alasan yang diberi," ujarnya yang kecewa dengan keadaan tersebut.

Beliau mengakui tanpa dana daripada pinjaman yang dipohon, pihaknya menerusi syarikat Middle Earth terpaksa mengehadkan aktiviti bisnes yang dilakukan sekarang.

"Kalau ada duit, tentulah syarikat akan menambah pakej sedia ada. Ini kerana sebarang penambahan pakej memerlukan pengubahsuaian dilakukan terhadap jumlah bilik motel yang ada sekarang," ujarnya.

Beliau turut kesal kerana katanya, untuk meminta pegawai dari bank SME cawangan Kuantan datang melihat premisnya di Jerantut, beliau terpaksa membuat beberapa panggilan termasuk ke Kuala Lumpur.

''Setelah didesak, barulah seorang pegawai datang melihat motel dan kafe saya. Tetapi selepas itu, sehingga sekarang, status pinjaman yang dibuat masih tidak jelas sama ada dapat atau tidak," ujarnya kesal.

Beliau juga berkata, kesukaran memperoleh pinjaman untuk memajukan bisnes yang sedia ada mengundang risiko gulung tikar kepada sesetengah usahawan bumiputera yang mudah putus asa.

Sementara itu, seorang rakan penulis yang merupakan usahawan restoran di Subang Jaya, Selangor pula berkata, beliau pernah dimaklumkan tentang bank SME dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Nasional (TEKUN) kekurangan dana untuk meluluskan pinjaman baru.

"Sebab itulah, saya malas nak mohon. Sebab saya difahamkan institusi kewangan tersebut tidak ada aliran tunai untuk meluluskan pinjaman. Jadi, daripada membuang masa membuat permohonan pinjaman yang tidak pasti statusnya, lebih baik saya beralih ke institusi kewangan lain," katanya yang enggan dikenali. Beliau berkata, pihaknya terpaksa membuat permohonan pinjaman peribadi sebanyak RM120,000 dari Bank Rakyat untuk memulakan dan membesarkan bisnes itu.

Utusan Malaysia difahamkan, ketika berlakunya 'peralihan' kuasa antara MeCD itu, dilaporkan banyak pengusaha bumiputera kecil mengalami masalah apabila status permohonan pinjaman mereka daripada institusi kewangan yang dahulunya terletak di bawah MeCD tersangkut.

Seorang pembaca Utusan Malaysia dalam ruangan Forum bertarikh 23 April 2009, Nor Hoda Tarseh dari Puchong, Selangor meluahkan kekesalannya terhadap apa yang berlaku.

Di dalam surat itu, beliau menyatakan telah mengemukakan permohonan lengkap ke pejabat TEKUN Sri Serdang pada 5 Mac 2009 tetapi setelah lebih sebulan berlalu, permohonan beliau masih belum diluluskan, sedangkan beliau telah mula membayar sewa untuk bulan kedua di sebuah premis perniagaan.

"Alasan yang diberi adalah TEKUN telah berpindah kementerian dan tunggu sahaja pengumuman daripada menteri baru," katanya di dalam surat tersebut.

Saya percaya Nor Hoda tidak keseorangan dalam hal ini. Banyak lagi peniaga kecil bumiputera lain yang senasib dengannya.

Sebagai orang biasa, tentulah beliau 'tidak tahu' apa sebenarnya yang berlaku di dalam kementerian tersebut.

Kekurangan dana untuk menyalurkan pinjaman kepada peniaga IKS bumiputera memang benar. TEKUN yang sebelum ini menjadi 'nadi' kepada 'nyawa' kelangsungan hidup peniaga kecil bumiputera turut kekurangan dana.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN , Datuk Abdul Rahim Hassan pernah mendedahkan 'dilema' yang sedang dihadapi oleh TEKUN.

Menurutnya dalam laporan Utusan Malaysia bertarikh 13 Disember 2009, kekurangan dana tersebut disebabkan peruntukan kerajaan terhad, di samping masalah peminjam yang liat melunaskan hutang.

Beliau memberitahu, faktor tersebut menjadi punca kenapa TEKUN gagal memberikan pinjaman kepada 16,000 permohonan yang tertangguh membabitkan pembiayaan RM350 juta.

"Dua faktor utama itu telah menjejaskan peluang permohonan baru untuk mendapat bantuan dengan kadar segera," katanya sambil mengakui dana agensi itu kini cuma berbaki RM100 juta sahaja.

Dalam pada itu, beliau berkata, bilangan keseluruhan peminjam TEKUN sejak 1999 sehingga kini adalah seramai 153,102 orang dengan nilai pinjaman RM1.41 bilion.

Jika itulah alasan yang diberi, apa yang diharapkan dalam meniti tahun 2010 ini adalah pihak kerajaan menambah dana sedia ada, manakala peminjam yang liat boleh 'dipaksa' untuk melunaskan hutang.

Namun, sebelum sebarang paksaan dilakukan, para pegawai TEKUN perlu menyiasat terlebih dahulu status kewangan sebenar pengusaha terbabit.

Mungkin benar pengusaha terbabit tidak mampu untuk membayarnya dan dalam kes ini, pembayaran ansuran yang rendah boleh difikirkan. Namun, jika pengusaha terbabit mempunyai kemampuan untuk membayar balik pinjaman tetapi 'liat' kerana penguatkuasaan yang lemah, maka tindakan untuk memaksa mereka membayar balik perlu dilakukan seperti menyita harta mereka dan membekukan wang mereka di bank-bank komersial.

Melihat senario yang berlaku ini, maka adalah jelas bahawa pembubaran MeCD perlu dikaji semula. Alangkah lebih baik jika segala aspek berkaitan pembangunan ekonomi orang Melayu disatukan di bawah satu bumbung bagi melicinkan pergerakan ke arah melahirkan lebih banyak pengusaha bumiputera yang berjaya.

- dipetik dari Utusan Malaysia.

PM kita perlulah menilai semula hasrat 1Malaysia yang mungkin akan mengakibatkan Bangsa Melayu yang merupakan Bangsa Majoriti di Malaysia ini menjadi KORBAN didalam cubaan memenangi hati bangsa lain. Saya amat risau akan nasib Bangsa Melayu pada masa ini.

Thursday, January 14, 2010

Peluang untuk Bumiputera Dalam Bidang Perniagaan.

Salam semua,

Kali ni saya nak ceritakan kenapa saya GILE nak ceburi bidang perniagaan. Sebelum ni setiap kali borak pasal orang kaya yang menjalankan perniagaan ramai kawan-kawan saya termasuklah saya juga mengatakan yang orang kaya tu ahli UMNO, memanglah boleh jadi kaya. Orang lain takat masuk MLM bolehlah nak kaya kalau bukan ahli UMNO. Untuk makluman, saya BUKAN ahli UMNO.

Benarkah hakikatnya begitu? Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya, tanggapan itu tidak benar sama sekali. Pertamanya, berdasarkan kursus asas perniagaan MARA yang saya ikuti, takde ditanya pun saya ni ahli UMNO ke tidak. Semua Bumiputera boleh menyertainya.

Selain itu, masa saya buat skim pinjaman mikro Agrobank sebanyak RM20k juga tidak ditanya adakah saya ahli UMNO. Semua berpeluang untuk memohon dan memperolehi pinjaman jika semua syarat diikuti.

Perlu diingat bahawa orang paling kaya di Malaysia ni bukan Bumiputera, oleh itu adalah wajar jika dikatakan semua lapisan rakyat boleh mencari kekayaan sebanyak mana yang kita mahu. Hanya usaha kita sahaja yang akan menentukan sama ada kita ni boleh bertahan atau tidak di dalam bidang perniagaan ini.

Peluang bumiputera terbuka lebih luas dengan adanya MARA. Pelbagai kemudahan disediakan oleh pihak MARA cuma kita sahajalah perlu rajin untuk mengetahui apakah bantuan dan kemudahan yang ditawarkan. Saya membuat post ni bukan kerana apa, cuma ingin berkongsi rasa hati saya sahaja. Bagi yang telah selesa dan hidup bahagia dengan berkerja di Jabatan Kerajaan atau Swasta teruskanlah tugas anda. Cuma bagi mereka yang berasakan jiwa mereka lebih ke arah bekerja atau berniaga sendiri, peluang terbuka luas untuk anda berusaha.

Semoga kita tidak terus mencari alasan untuk tidak berusaha atau terus-terusan menyalahkan kerajaan kerana kita hidup susah. Tapi aku tetap berpendapat bahawa masih banyak yang boleh kerajaan boleh lakukan untuk golongan susah. Pusat zakat pun seharusnya memainkan peranan dengan lebih berkesan. Adakanlah pertandingan pusat zakat negeri mana yang mempunyai jumlah penduduk Islam termiskin paling sedikit. Bagi yang kalah jangan pula diberi penyapu, sebaliknya saranankan supaya mencontohi pusat zakat negeri yang paling berjaya membasmi kemiskinan umat Islam di negeri mereka.

Pasal mencari kekayaan, mungkin ada yang bertanya nak kaya banyak mana??? Bukan boleh bawak mati pun!!! Adakah anda pernah mendengar Jihad Bisnes??? Jihad dengan menggunakan harta benda ke jalan Allah??? Jika tak pernah dengar cubalah mencari di google. Itulah yang saya sedang usahakan. Nak jadik pengebom berani mati tu bukan saya rasanya. Nak membina rumah untuk anak yatim dan ibu tunggal yang berada dalam kesusahan belum mampu saya lakukan. Insya Allah, semoga suatu hari nanti Allah akan makbulkan permintaan saya.

Mohon saya, doakanlah kejayaan hamba Allah ni agar berjaya dalam bidang perniagaan ini.

Video Anak Ayam Menetas.

Salam,

Jom layan video anak ayam aku menetas. Masa ni aku bawak inkubator aku balik ke Kuantan sebab ada yang dah nak menetas masa aku balik kampung wife aku tuh.



video

Kursus Perniagaan Dan Penternakan Anjuran IUB MARA

Salam semua,

Buat mereka yang ingin mengikuti kursus perniagaan atau penternakan anjuran IUB MARA, permohonan di buka sekarang hingga 25 Januari 2010. Peluang ini perlu diambil oleh mereka yang serius ingin melibatkan diri dalam perniagaan dan bidang pertanian dan penternakan kerana kursus yang dianjurkan oleh pihak-pihak swasta adalah jauh lebih mahal.

Sila sertakan butir-butir diri seperti:-

1. Pilihan Perniagaan.
2. Nama.
3. Nombor Kad Pengenalan.
4. Alamat.
5. Nombor Telefon
6. Pekerjaan.
7. Pendapatan.
8. Pengalaman.

Sila klik senarai kursus untuk melihat kursus-kursus yang ditawarkan.

Sila klik untuk download Borang permohonan

Bolehlah terus hubungi IUB untuk mengetahui harga yuran kursus.

Alamat IUB: IUB, Tingkat 12, Kompleks Pertama, Jalan Tunku Abdul Rahman, 50100, Kuala Lumpur.

No. Telefon IUB: 03-26921904
No. Fax IUB: 03-26926904

Aku sekadar berkongsi maklumat, untuk maklumat lanjut bolehlah terus menghubungi IUB.

Wednesday, January 13, 2010

Cara mengenal jantina anak ayam

Salam semua,

Kali ni aku nak kongsi ilmu yang aku dapat lepas tengok video hatchery di youtube. Dengan teknologi internet, segalanya di hujung jari. Ni pasal nak kenal jantina anak ayam. Sebelum ni aku pernah jugaklah diperkecilkan bila aku berkongsi cara orang kampung nak kenal jantina anak ayam. Aku ada cerita pasal kenal jantina mengikut bulu ayam.. Rupa-rupanya Mat Salleh pun dah bertahun guna cara tu.

Pasal Mat Salleh ni, aku hairan macam mana mereka punya teknologi penetasan boleh jadi begitu moden sedangkan kita yang kecil-kecil ni baru nak belajar cara nak tetaskan anak ayam. Aku tak pastilah macam mana bantuan kerajaan Mat Salleh ni. Di Malaysia ni peruntukan kerajaan dalam bidang pertanian dan penternakan berpuluh juta setahun. Kita pun ada Kementerian Asas Tani. Untuk haiwan ada jabatan veterinar, untuk pertanian ada Jabatan Pertanian. Sepatutnya bila penternak atau petani bertanya pasal pertanian atau penternakan, pasti ada jawapan bagi setiap persoalan. Tapi malangnya ada sesetengah jabatan yang bila tanya cara macam mana nak tanam pokok buah naga mereka bagi jawapan tak tahu. Tanya mana nak dapat benih pokok naga, jawapannya takde. Abis tu apa yang ada???!!!
At last kenalah bayar kepada tauke-tauke besar yang kita pun tahu siapa biasanya yang jadi tauke-tauke ni. Ni namanya bayar untuk pemindahan teknologi. Sama juga dengan penternakan burung walet, tanya pihak berkenaan dibaginya buku berbahasa Inggeris dan Cina. Bukan semua rakyat Malaysia ni ada Diploma tau ada Degree. Aku pun pelik kenapa buku Bahasa Malayu takde. Miskin sangatkah orang Melayu hingga tak terjangkau dek akal nak terbitkan buku bahasa Melayu. Internet kan ada... Ye memang internet ada... Tapi bagi warga emas yang tidak pernah menggunakan Internet bagaimana pula? Kebanyakkan yang ada modal besar ni biasanya warga emas sebab ada wang kwsp dan simpanan sejak berpuluh-puluh tahun.

Aku bukan emosional cuma menggambarkan realiti pertanian dan penternakan di negara kita ni jika dibandingkan dengan mereka yang telah jauh meninggalkan kita. Apa salahnya jika kerajaan Malaysia melaburkan untuk penyelidikan atau pemindahan teknologi di dalam bidang pertanian dan penternakan. Aku tau memang ada penyelidikan yang dibuat namun hanya tertumpu pada sesuatu tanaman atau ternakan sahaja. Bila dah dapat hasil penyelidikan, kerajaan Malaysia WAJIB menyiarkan hasil penyelidikan kepada rakyat. Ini kerana segalanya menggunakan WANG RAKYAT. Untuk Barisan Nasional memiliki 4 negeri 'itu' masih banyak yang perlu dilakukan. War-warkan 1 Malaysia namun kita makin berpecah. Media asing dah mula merendah-rendahkan negara kita!!! Aku bukan merendahkan kemampuan mana-mana pihak tapi itulah realitinya bila menceburi bidang pertanian dan penternakan. Jiwa kena kuat, hati mesti kering!!!!!

Banyak lagi yang akan aku bentangkan ini hanyalah sekadar permulaan. Semoga kita semua berusaha memajukan diri masing-masing... Opsss terlupa pula pasal cara nak kenal jantina ayam.. Jom kita tengok gambar dibawah...



Female = Betina
Male = Jantan

How To Turn Off Pop Up Blocker

Salam semua,

Kali ni aku hanya nak terangkan cara bagaimana nak Turn Off Pop Up Blocker jika guna browser Internet Explorer. Caranya ringkas sahaja.

1. Buka Aplikasi Internet Explorer.

2. Klik pada Tools di Menu Bar.

3. Letakkan penunjuk tetikus pada perkataan Pop Up Blocker.

4. Kemudian klik pada Turn Off pop-up Blocker. (Pilihan ini akan tertera jika Pop-up blocker anda
ON). Jika pop-up blocker anda sememangnya sudah Off maka akan tertera pilihan Pop On Blocker.

Aku ni tak pandai sangat dalam memberi penerangan, harap dapat membantu mereka yang berada di dalam kesulitan.

Jika ada apa-apa soalan boleh terus telefon/sms aku di 019-3025234. Oh ye.. Nama aku Azman Bin Haji Rosman. Semoga ilmu masa aku ambik diploma sains komputer dan degree sains komputer (software engineering) dulu tak berkubur dengan tindakan aku menumpukan sepenuh perhatian dalam bidang pertanian dan penternakan dan melepaskan jawatan Eksekutif Kejuruteraan Sistem di Megasteel Sdn. Bhd.

Monday, January 11, 2010

Inkubator atau Alat Penetasan Telur Ayam

Salam semua,

Aku start belajar pasal alat penetasan telur ayam ni sejak bulan Julai 2009. Mula-mula ingat senang je nak tetaskan telur ayam. Bila dah dapat inkubator baru aku tau rupa-rupanya susah jugak nak menjaga telur ni dari mula telur ni keluar dari ibu ayam hingga menetas. Walaubagaimanapun lepas aku kenal dengan sifu aku, Saiful dari citypullagro barulah aku berjaya menetaskan anak ayam dan membesarkan anak ayam.

Sebenarnya ada benda mudah yang menjadi sukar bila kita kurang faham tentang inkubator. Contohnya masa nak pusingkan telur ayam tu, sebelum ni kalau ada 50 biji telur ayam dalam inkubator maka aku akan pusingkan satu-satu dengan berhati-hati. Mahu berpeluh aku pusingkan telur ayam tu, yelah... setiap hari kalau boleh nak kena tiga kali pusingkan telur ayam tu. Lepas jumpa Saiful baru aku tahu cara mudah pusingkan telur-telur ayam tu, buat macam main mahjong tu aje.. Tak sampai 30 saat dah siap pusing.

Selain tu, antara yang penting ialah candling sebab nak tengok telur ayam tu ada benih atau tak. Mula-mula aku guna tong biskut kosong then letak lampu... Memang susah jugaklah nak nampak, lama-lama aku guna lampu suluh je... Lagi satu kerja yang sukar menjadi mudah. Bagi yang dah expert dengan pegang telur pun tahu sama ada telur tu ada benih atau tak.

Lepas dah menetas, penjagaan anak ayam pun penting dalam masa 2-3 hari pertama. Aku dulu tengok anak ayam tu susah nak berjalan dan asyik jatuh je aku ingat anak ayam tu lemah tak makan. Aku yang baik hati ni pun bagilah anak ayam tu makan dan minum. Itu adalah satu perkara yang paling tak wajar dilakukan. Anak ayam yang baru je menetas memang masih lemah dan belum kuat kakinya untuk berjalan. Lepas 2-3 hari dalam inkubator bulu anak ayam akan kering dan dah boleh berlari-lari dalam inkubator.

Lagi satu perkara tak wajar yang aku buat ialah tolong anak ayam tu menetas dengan tolong kopek sikit-sikit telur ayam tu lepas anak ayam mula menebuk. Ini adalah tak patut dilakukan sama sekali pada pendapat aku. Anak ayam tu belum keluar sebab belum masanya lagi dia keluar walaupun dah berjam-jam dari masa mula menebuk. Oleh itu, apa yang perlu kita buat hanyalah memerhatikan saja atau biarkan sahaja anak ayam itu menetas dengan sendiri.

Aku tulis semua ni bukan ape, sekadar berkongsi pengalaman yang aku ada dalam bidang penetasan telur ni. Aku amat berpuas hati bila lihat anak ayam tu membesar depan mata aku sendiri. Bagi aku, segala perkara di dunia ni jika kita ada ilmu yang cukup pasti kita berjaya melakukannya. Bagi aku, untuk penetasan telur ayam aku dah berjaya. Sekarang aku tolong orang kampung aku tetaskan telur ayam, itik dan angsa. Itik dan angsa ni masih lagi dalam proses pembelajaran sebab aku belum lagi berjaya menetaskan telur itik dan angsa. Aku amat berterima kasih pada akak yang sudi bagi telur angsa dan itik untuk tujuan pembelajaran aku. Sebagai balasan setiap telur ayam/itik/angsa yang akak tu bagi jika menetas aku tak ambik upah apa pun, semuanya aku berikan pada akak tu.

Setakat ni dah beratus ringgit jugalah aku dapat hasil daripada penjualan anak ayam kampung ori, sebab tu sekarang aku nak start projek penetasan anak ayam kampung ori. Aku harap dengan pendedahan aku pasal penetasan telur ni mampu membantu mereka-mereka yang baru atau bakal membeli inkubator. Jika ada sesiapa yang ingin membeli inkubator bolehlah melawat blog citypullagro . Aku cadangkan citypull sebab saudara Saiful tu menjual inkubator dengan harga yang paling rendah pernah aku jumpa dengan rekabentuk inkubator yang menarik dan menggunakan teknologi force air. Bukan setakat dari Semenanjung Malaysia, malah mereka dari Sabah dan Sarawak pun ada membeli inkubator dari beliau.

Dibawah aku sertakan perkara yang perlu dan yang jangan dibuat semasa melakukan kerja-kerja penetasan telur menggunakan inkubator:

Yang perlu dibuat:-

1. Pusingkan telur 2-3 kali sehari.
2. Periksa air dalam bekas/dulang jika inkubator anda adalah daripada jenis still air.
3. Tuliskan hari terakhir telur menetas. Paling lewat anak ayam akan menetas pada hari ke
21 sejak dari hari telur dimasukkan dalam inkubator.
4. Lakukan candling pada hari ke-6.
5. Pastikan telur kurang dari 7 hari dari hari telur keluar dari ibu ayam.
6. Pastikan gunakan pensel untuk menulis tarikh pada telur.
7. Pastikan anak ayam yang dikeluarkan daripada inkubator diletakkan di bawah mentol
lampu biasa.
8. Sentiasa periksa suhu inkubator, boleh terjadi kes dimana anak ayam yang menetas mati
akibat suhu yang terlampau panas. Ada juga kes dimana inkubator di off tanpa kita sedari.

Yang jangan dibuat:-

1. Jangan basuh telur ayam dengan air.
2. Jangan tulis tarikh pada telur dengan marker pen, kaler magic atau apa-apa selain dari pensel. Bagi yang dah terguna marker boleh je teruskan letak telur dalam inkubator, kuasa Allah takde sape mampu menghalang. Nanti lepas 21 hari boleh kongsi result sama-sama.
3. Jangan lupa pusingkan telur.
4. Jangan kopek kulit telur ayam apabila anak ayam mula menebuk. Tapi terpulanglah jika nak bantu juga, tak salah... tapi risiko tanggung sendirilah ye.
5. Jangan paksa anak ayam yang umur sehari dua untuk makan dan minum.
6. Jangan guna mentol/lampu energy saver untuk anak ayam sebab lampu energy saver tu
biasanya tidak ada haba yang mampu memanaskan anak ayam.
7. Jangan biarkan telur yang sudah melebihi 21 hari di dalam inkubator anda. Anda akan terdedah risiko telur tersebut meletup di dalam inkubator jika membiarkan telur yang sudah melebihi 21 hari masih berada di dalam inkubator. Kalau telur dah mmeletup tu hurrrrmmmmm dia punya aroma memang boleh pengsan!!!! Hehehehe... Aku dah terkena dua kali.. Cooobaaannn!!!

Apa apa pun, ini hanyalah perkongsian ilmu yang aku ada. Moga mampu menjadi panduan. Anda semua boleh juga melakukan kajian untuk meningkatkan peratusan telur ayam menetas. Aku banyak belajar dari saudara Saiful, citypullagro tentang inkubator ni.


AMARAN!!!! Jika telur ayam anda tiada benih setelah dicandling, walaupun penjual inkubator anda memberitahu inkubator yang dijual mempunyai tahap penetasan 100% maka tidak akan menetas jualah telur ayam itu, melainkan dengan kuasa Allah...

Errr... aku confuse juga bila ada orang bertanya kadar penetasan telur untuk setiap inkubator... oppsss!!!!

Kebaikan Susu Kambing

Posting ni kita berkongsi kebaikan meminum susu kambing. Jom kita baca!!!

KEISTIMEWAAN SUSU KAMBING

  • Kaya dengan protin, enzim dan vitamin A

  • Mengandungi faktor anti-antritis (inflamasi sendi) dan anti barah

  • Diperaku oleh pakar-pakar kesihatan bahawa susu ini boleh mengubati demam kuning, penyakit kulit, gastrik, lelah (asma), insomnia dan ulcer

  • Mudah dihadam kerana zarah lemaknya lebih kecil

  • Khasiat susu kambing yang disimpan sejuk atau sejuk beku tidak akan berubah kualitinya.



  • Maklumat ini diperolehi daripada Jabatan Perkhidmatan Haiwan Perak

Kepentingan vitamin A???

Vitamin A diperlukan oleh retina mata. Aku nak translate dari wikipedia panjang sangat. Cuba rujuk wikipedia

    Kepentingan vitamin D???

    Antara kepentingan Vitamin D ialah penting untuk meningkatkan aliran kalsium ke dalam aliran darah. Sila rujuk wikipedia .


    Segala khasiat dan vitamin-vitamin di atas cuma berharga RM6.00 untuk 250ml. Pasti amat berbaloi untuk nilai ringgit anda!!! Maaf, Cash and Carry je ye. Untuk pembelian melebihi 10 botol di kawasan Banting, penghantaran boleh diuruskan.

    Terima Kasih. Jumpa Lagi!!!!

Sunday, December 27, 2009

Sambungan...

PART TWO

Salam semua pelawat,

Kali ni aku nak sambung lagi kisah aku. Lepas tamat sekolah rendah, aku sambung study aku kat Bukit Bintang Boys Secondary School kat Petaling Jaya. Masa Form 1 aku tinggal di Asrama Doktor Latif under Yayasan selangor. Tapi setahun je aku kat Asrama Doktor Latif (ADL) tu sebab lepas tu Yayasan Selangor tutp Asrama Doktor Latif dan pindahkan semua student ke Asrama Tun Doktor Ismail (ATDI). Kira aku ni last generation of ADL. Masa kat ADL ni memang best, hostel tepi sungai dan padang bola mini pun tepi sungai. Padang bola mini tu sebelah kanan sungai dan sebelah kiri jalan raya. Tiap kali bola masuk sungai adalah yang kene masuk sungai tu ambik bola. Heheheh... tapi kalau aku yang sepak bola tu masuk sungai senior tak bagi aku masuk sungai tu sebab aku kecik sangat, takut lemas pulak nanti. Tu kisah bola masuk sungai, belum lagi bola keluar ke jalan raya. Tiap kali bola keluar ke jalan raya memang kereta semua slow sebab tak nak langgar bola tu. Memang sporting pemandu-pemandu area situ, mereka tau tiap-tiap petang memang student main bola kat situ. Tak pernah pun student kene marah kalau bola keluar ke jalan raya. Pernah juga bola yang aku sepak meletup kene langgar kereta yang tak sempat nak brake.. Hehehe...
Penghuni hostel ADL semua naik bas gi sekolah. Walaupun satu hostel tapi student berlainan sekolah. Sekolah-sekolah tu Bukit Bintang, St. John dan Methodist. Student St. Kira student BB paling jauh ar naik bas gi sekolah. Yang lain-lain dekat je sebab ADL tu kat Jalan Gurney, KL je.

Lepas naik form two, aku pindah ke ATDI. Masa ni memang ramai student dari berlainan sekolah under satu hostel, BBBS, MBS, St. John, Victoria Institution, La Salle PJ, Cochrane dan Aminudin Baki. Masa memula memang tak berapa ngam ex-ADL dan ATDI.. tapi lama-lama semua boleh ngamlah. Lepas tu masa form three aku pindah dok umah sebab bosan sangat dah dok hostel. Masa form three aku skolah kat SMK Telok Datuk, Banting sampailah form Five. Takat tu je lah kisah aku bersekolah. Lepas abih sekolah aku sambung matrik UPM kat INPENS masa tu kat Menara Maxisegar, tu pun seminggu je sebab aku dapat offer amik diploma sains komputer under francais UPM kat Institut Kota, Melaka. Memang mencabar betul amik sains komputer ni bagi aku. Ye lah aku nak on pc pun tak tau.. apa lagi nak shutdown pc.. Memang Buta IT betullah. Tapi usaha tangga kejayaan... Aku abih diploma dua tahun then sambung degree pulak kat francais under UPM juga di Kolej Teknologi Cybernetics. Actually aku sambung degree sebab rasa diploma je tak leh nak hidup senang. Masa tu pendedahan terhadap perniagaan tu takde. Masa amik diploma aku sempat juga keje sebagai pembantu Cyber Cafe di Anjung Info, berdekatan dengan Stesen Bas Ekspress Melaka. Niat aku nak belaja mcm mana dorang set up kan CC tu, tapi brader-brader tu tak sempat nak ajar aku sebab sibuk. Kalaulah masa tu aku ada pendedahan tentang bisnes tentu masa ni aku dah ada CC. Tapi itu semua pengalaman hidup, kita kene ambik tahu benda sekeliling kita. Dulu masa belajar, pikir lepas grad je nak carik keje. Ingat keje makan gaji ni best tapi rupenya tak sesuai ngan jiwa aku. Dulu mana tau pasal karenah bos, opis mate, opis politik dan mcm2 lagi. Ingat gi keje balik keje je... Hahaha... memang tak sesuai. Tapi dalam tak sesuai tu 5 tahun jugaklah aku paksa diri aku keje, kira okaylah jugak..

Pada pendapat aku, sepatutnya ada subjek usahawan dari sekolah rendah lagi. Biar student dapat pendedahan dari awal lagi. Tapi aku ni siapa nak cakap hal pendidikan.. hehehehe... Takat degree je apelah sangat sekarang ni. Ramai yang ada PHD sekarang ni. Okaylah, takat ni je dulu buat kali ni... nanti ada masa aku sambung lagi...

p/s: Aku ada add link ke ruang soal jawab JAKIM tentang korban dan aqiqah. Nak aku taip dalam ni kene banned ngan JAIS pulak karang sebab takde 'TAULIAH'. Fikir-fikirkan... Kalau anak-anak kita mengaji ngan orang-orang kampung yang arif dalam Al-Quran pun kira mereka tu tak layak sebab takde tauliah ke... Lagi sekali... fikir-fikirkan... Siapalah aku ni... Takat dapat A1 subjek agama dalam SPM je..

Sunday, December 13, 2009

Kisah aku budak Olak Lempit, Banting, Selangor - PART 1 !!!

Salam semua,

Kali ni aku nak ceritakan serba sedikit latar belakang hidup dan pendidikan aku. Ramai yang tanya kenapa IC aku kod kat tengah tu 04 bukan 10, sebenarnya aku ni dilahirkan pada pada 10 Julai, 1980 di Hospital Besar Melaka. Walaupun lahir di Melaka aku ni sejak dari kecil lagi dok KL dan Selangor. Aku pernah tinggal di Setinggan Kampung Sungai Kerayong, dekat dengan Taman Maluri, Cheras sampai umur aku 5 tahun. Lepas tu pindah ke Batu 2.5 Jalan Kapar, Klang dekat dengan Tanjung Syawal. Umur aku 13 tahun pindah lagi, kali ni kat Kampung Olak Lempit, Banting, Selangor. Lepas pindah Banting ni memang aku tak pindah mana-mana lagi setakat ni cuma time study dulu aku memang dok kat luar ar. Tu lah serba sedikit kisah aku yang berpindah randah. Aku pernah dok setinggan, pernah dok rumah semi bungalow, dan sekarang aku dok kat rumah sewa bapak aku kat Olak Lempit ni jugak. Daripada kosong je baik aku duduk, boleh aku jaga sekali rumah ni.

Dulu sekolah kat mana??? Aku tadika kat Tadika Tanjung Syawal, Klang. Sape-sape yang pernah belajar kat tadika tu tahun 1986 boleh ar calling-calling aku. Aku tak abih pun pengajian tadika aku sebab aku cuti lama sampai tadika tutup sebab kaki aku tersepit kat jari-jari basikal... Hehehe... sakit wo!!! Sebab tuh aku darjah dua baru pandai membaca... Hehehe... Usaha Tangga Kejayaan!!! Aku dulu sekolah rendah dari tahun 1987 ke 1992 di Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Klang. Sape-sape yang satu sekolah ngan aku dulu boleh ar call aku... Baru-baru ni aku jumpe balik member yang dulu naik satu van masa sekolah rendah lepas 17 tahun tak dengar khabar, Razif Yahya. Thanks ajib sebab ingat aku lagi. Antara kawan-kawan aku masa sekolah rendah yang aku ingat, Azmi Abu Bakar, Rachmat Shah, Mohd Adib, Effirul, Mohd Rosni, Narun, Lokmanul Hakim, Suji Farisya, Nor Zaiha, Nor Fadhlin, Nor Sabrina, Siti Shafizah, Juliana... ermm ramai gak yang aku ingat erk... Power gak memory aku ni.. Yang aku tak sebutkan nama jangan kecik hati ye, kadang-kadang aku ingat muka tapi nama tu aku lupa. So, sape-sape yang ingat lagi aku, call/sms lah aku.

Ape da cerita panjang-panjang. Jangan marah ye, aku just nak catatkan je perjalanan hidup aku biar aku tak lupa bila aku tua nanti. Tamatlah sudah part 1. Next time aku sambung lagi... So... rajin-rajinlah ye jenguk blog aku kalau boring-boring tuh...

Friday, December 11, 2009

Sumbangan aku..

Salam,

Aku ada buat iklan kat blog kawan-kawan tentang paper work loan untuk ternakan kambing yang aku boleh bagi free... Memang ada respon, ada yang dah dapat pun paper work yang aku emel. Semoga mereka semua berjaya mendapat pinjaman yang diperlukan. Aku bagi free je sebab aku dapat pun free dari romatech agro, kalau nak bagi sumbangan boleh bagi kat romatechagro. Tokey romatech agro tu aku jumpe kat bicara jutawan. Bicara jutawan tu ramai otai-otai, jutawan pun ada dalam tu tapi dorang memang takkan ngaku sebab low profile. Kat dalam tu lah aku kenal orang kita yang ikhlas bantu-membantu satu sama lain. Aku gaduh pasal politik pun dalam tuh, hehehe... tapi bila masuk thread bisnes boleh jadi kawan. Itu yang menariknya bicara jutawan tu. Berbalik pasal paper work, aku tau memang pening kepala buat paper work ni kalau takde contoh. Buktinya paper work aku pun makan masa yang lama untuk disiapkan. Itu pun sebab aku dapat paper work dari romatech agro. Buat kawan-kawan semua, doakanlah aku dapat loan ye. Mudah untuk segala projek aku berjalan.

Kali ni aku tak masukkan gambar, saje je aku update blog aku ngan masukkan template baru. Yelah, pasal ladang tapi background bunge, tak relevan kata wife aku.. hehehe... Buat makluman semua, aku dah bagi notis 3 bulan perletakan jawatan aku sebagai eksekutif kejuruteraan sistem di sebuah kilang besi gergasi di Banting ni. Orang Banting taulah kilang ape... hehehe... 5 tahun lebih aku keje kat kilang tu, macam-macam pengalaman aku dapat. Dapat kerja ape??? Aku tak apply pun job kat mana-mana. Aku nak tumpukan perhatian penuh kat projek-projek bapak aku tu, campur handle kedai baju ngan ternak ayam kampung ori je... Bak kata orang putih, I am a master of my fate and I am a master of my soul!!!!

Apa nak hairan aku berhenti kerja? CEO pun ada yang resign, PM pun resign ni kan pulak ordinary people macam aku. Saving dah cukup ke??? Ermm... kalau aku ada rm5 juta pun takde sape berani jamin duit tu takkan habis.. Betul tak??? Penah dengar cerita bekas jutawan dari Thailand yang jual sandwich lepas bisnes dia bungkus??? Aku bukan gelakkan dia, tapi kagum dengan semangat dia bangkit semula selepas kegagalan sementara. Ada orang sampai bunuh diri sebab bisnes bungkus. Kalau nak cari alasan tak nak resign memang berjuta alasan boleh bagi, tapi bagi aku cukuplah setakat ni aku makan gaji. Biar aku tentukan hidup aku sendiri. Bagi yang bahagia makan gaji tu teruskanlah. Buatlah apa yang buat hidup kita bahagia. Janganlah kita cuma mengikut apa yang orang lain lakukan.

Takat ni jelah curahan isi hati aku kali ni, sape-sape yang nak paper work loan kambing free bagitaulah aku. SMS nama, alamat emel dan alamat rumah. Boleh aku buat database kenalan aku dalam bidang ternakan ni. Semuanya percuma, aku tak charge ape pun. Cuma aku mohon doakanlah aku berjaya dan bahagia dalam hidup dan bisnes aku. Banyak lagi agenda aku yang belum terlaksana... Mak Bapak aku, mak bapak mertua aku, anak isteri aku, jiran-jiran aku, orang kampung, rakan-rakan aku dan seluruh insan lain.

Salam dari Azman Bin Rosman.
From Olak Lempit to Malim Jaya then to Kampung Kerayong, KL then to Olak Lempit again!!!

p/s: Butik Polaris ada offer, singgahlah kejap... hehehe.. promote sikit!!!

Sunday, October 25, 2009

MPV Aku... (MPV tuh multi purpose vehicle kan???)

Salam semua...

Kali ni aku nak cerita kisah kereta aku.. Ops... Jangan salah sangka ye, bukan nak cerita tahap kepoweran kereta aku, tapi nak cerita kisah aku dan kereta aku di bidang pertanian dan penternakan ni...

Aku gunakan konsep mulakan dengan apa yang aku ada untuk mulakan bisnes. Ape2 bisnes akulah, kedai baju ke... ayam ke... kambing ke... Sebab tu aku gunakan kereta aku sebagai alat pengangkutan untuk bisnes aku. Bawak rumput untuk kambing, bawak kayu untuk buat reban ayam dan kandang kambing, bawak kambing bapak aku yang melarikan diri dari kandang, bawak kambing yang aku beli dan macam-macam lagilah... Korang tengoklah sendiri gambar-gambar kat bawah ni... Nilah semangat Malaysia Boleh aku!!!!! Bapak aku selamba bawak biri-biri naik merc sampai aku pun kena pangku biri-biri dalam kereta.. hehehe...

Nikan pulak kereta kebal aku tu... apalah sangat... Janji kerja bereh!!!!

Doakanlah aku ye kawan-kawan moga aku sukses dalam usaha aku ni....




Ni kayu aku amik untuk projek mega ayam kampung ori aku... memang tak cukup.. terpaksa beli kayu second hand..




Ni rumput untuk kambing. Biasa 4-5 guni sehari aku amik...




Yang ni masa sukan tadika. Barang2 tuh semua aku masukkan dalam kereta... Masa ni kedai aku baru bukak.. tengah buat marketing le ni...

Wednesday, October 14, 2009

Kisah ayam kampung aku...




Reban pertama aku.. Hehehe, jangan gelak ye.. Tangan orang menekan keyboard komputer tetiba bertukang.. Ni lah hasilnye..



Reban kedua aku. Besar sikit dari yang pertama.. Aku letak bersebelahan dengan reban pertama.



Yang ni bapak aku upah tukang buat kat belakang umah bapak aku je... Memang best..


Salam...

Kali ni aku nak cerita kisah aku ternak ayam kampung. Sebenarnya minat aku timbul bila baca artikel2 pasal ayam kampung. Masa tu aku baru pindah ke rumah yang aku duduk sekarang ni. Dulu masa duduk rumah lama, hari-hari aku gi kandang kambing, buat unggun api, bersihkan kandang, bagi kambing makan dan macam-macam lagi ar... Selalunya akulah yang gi amik rumput kat kebun buah naga tuh dalam 4-5 guni... Aku sumbat je dalam kereta aku tu.. Kekadang wife ak geleng kepala je tengok kereta aku selalu ada rumput yang tertinggal sikit-sikit...

Settle hal kambing aku gi kebun buah naga pulak. Cantas tunas-tunas yang tak perlu, petik buah naga dan malam pulak aku kahwinkan buah naga. Member aku selalu perli aku.. jadi tok kadi ke bang??? hehehehe... aku sengih je ar... Buah naga ni nak kena kahwinkan baru buah dia manis dan besar. Time nak kahwinkan pulak malam je... dalam pukul 9.30 pm gitu.. kene tunggu bunga kembang baru boleh amik debunga dia.. Nantilah aku tunjuk cara bunga naga dikahwinkan... hehehe...

Jadinye, bila dah pindah umah baru ni aku jadi mati kutu... Asalnya nak buat cendawan kat sebelah umah kosong aku ni.. tapi modal plak terhad sesangat.. kenalah hold dulu projek cendawan aku tu.. So.. aku gi keje balik keje... tu jelah keje aku... Nak gi melawat kambing-kambing pun kekadang rasa malas je.. Bukan ape, aku bila dah jumpe kambing nanti time nak balik umah aku.. aku sedih je sebab terpaksa tinggalkan dorang... dorang pulak mengembek ngembek panggil aku... lagilah aku sedih... huhuhu...

Last-last untuk hilangkan kebosanan aku... aku plan nak bela ayam sikit-sikit... Kebetulan pulak akak yang jual nasi lemak kat kampung sebelah aku ni ada jual anak-anak ayam... Tu pun secara tak sengaja aku terdengar orang tanya dia pasal ayam kampung dia... Aku pun tanya dia boleh tak pergi tengok tempat dia ternak ayam kampung... So... bila dah sampai sana aku tengok senang je akak ni bela ayam kampung... Aku pun belilah 3 ekor je anak ayam kampung umur seminggu... Lepas beberapa bulan tengok 3 ekor anak ayam tu sihat je.. aku pun tambahlah lagi anak-anak ayam.. Memang tak susah kalau bela sikit-sikit... Tapi kalau dah bela berpuluh-puluh ekor baru tahu langit tinggi rendah.. hehehe.. yang tu aku cerita kemudian je ar...

Kat dalam internet ni lah aku kenal shaiful dari citypullagro. Banyak dia ajar aku pasal ayam-ayam ni selain makcik ngan abang yang tinggal berjiran ngan aku... Kekadang aku selalu gak ngeteh ngan shaiful, bincang pasal ayam kampung.. Dia pun nak start dah buat kelas ayam kampung. Sudi-sudikanlah singgah blog shaiful untuk maklumat tentang ayam kampung ori... Sekarang aku dalam proses mengumpul material untuk projek mega ayam kampung ori... hehehe... Nanti aku update lagi..

Okaylah, kang bosan pulak korang semua baca cerita panjang lebar aku ni. Moga blog ni suatu hari akan jadi rujukan anak cucu aku tentang apa bapak atau datuk dorang dulu buat masa muda-muda... Amin!!!




Saturday, October 3, 2009

Jualan Kambing!!!!

Setelah lebih setahun terlibat dengan bidang ternakan kambing, tibalah masa untuk kami menjual kambing-kambing kami pula.

Harga yang ditawarkan amat menarik!!!

Tawaran pertama!!!



Kambing Feral 30kg ke 45 kg
Harga: RM650.00
Upah sembelih dan Lapah: RM30.00

Sila hubungi Azman Bin Rosman di 019-3025 234 untuk sebarang pertanyaan.

Tawaran Kedua!!!



Kambing Biri-Biri Betina Dewasa
Harga: RM450.00

Sila hubungi Azman Bin Rosman di 019-3025 234 untuk sebarang pertanyaan.

Tawaran Ketiga!!!

Khas untuk mereka yang menggemari khasiat dan rasa susu kambing!!!

Harga: RM6.00 untuk 250ml

Susu yang kami bekalkan tidak mempunyai bau kambing walaupun ianya memang susu kambing tulen. Ini kerana ada pelanggan yang mengadu susu kambing kami tidak mempunyai bau kambing seperti susu kambing di hyper market....

Sila hubungi Azman Bin Rosman di 019-3025 234 untuk sebarang pertanyaan.

Projek-projek kami!!

Gambar-gambar usaha tani dan ternak!!!



Ternakan Ayam Kampung




Ternakan kambing



Tanaman Buah Naga



Rumah Burung Walet

Saya letakkan gambar-gambar projek kami untuk tatapan pengunjung semua.... Insya Allah kami akan letak lebih banyak gambar yang menarik pada masa akan datang.

Salam Perkenalan dari Ladang Polaris

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera,

Salam perkenalan buat semua pengunjung Ladang Polaris. Blog Ladang Polaris ini saya wujudkan sebagai medium perantaraan antara diri saya dan semua rakan penternak dan petani du luar sana. Juga sebagai rekod untuk saya rujuk semula suatu masa nanti.

Buat makluman semua, segala projek pertanian dan penternakan Ladang Polaris ini adalah hasil daripada usaha ayahanda saya, Tuan Haji Rosman Bin Dolah Suari. Beliau merupakan pelabur, penasihat dan penaung Ladang Polaris. Ladang Polaris menjalankan projek tanaman buah naga, ternakan kambing dan ayam kampung, ternakan burung walet dan juga projek tisu kultur untuk benih cendawan.

Setakat ini sahajalah untuk kali ini. Semoga bertemu di lain masa.