Monday, January 11, 2010

Inkubator atau Alat Penetasan Telur Ayam

Salam semua,

Aku start belajar pasal alat penetasan telur ayam ni sejak bulan Julai 2009. Mula-mula ingat senang je nak tetaskan telur ayam. Bila dah dapat inkubator baru aku tau rupa-rupanya susah jugak nak menjaga telur ni dari mula telur ni keluar dari ibu ayam hingga menetas. Walaubagaimanapun lepas aku kenal dengan sifu aku, Saiful dari citypullagro barulah aku berjaya menetaskan anak ayam dan membesarkan anak ayam.

Sebenarnya ada benda mudah yang menjadi sukar bila kita kurang faham tentang inkubator. Contohnya masa nak pusingkan telur ayam tu, sebelum ni kalau ada 50 biji telur ayam dalam inkubator maka aku akan pusingkan satu-satu dengan berhati-hati. Mahu berpeluh aku pusingkan telur ayam tu, yelah... setiap hari kalau boleh nak kena tiga kali pusingkan telur ayam tu. Lepas jumpa Saiful baru aku tahu cara mudah pusingkan telur-telur ayam tu, buat macam main mahjong tu aje.. Tak sampai 30 saat dah siap pusing.

Selain tu, antara yang penting ialah candling sebab nak tengok telur ayam tu ada benih atau tak. Mula-mula aku guna tong biskut kosong then letak lampu... Memang susah jugaklah nak nampak, lama-lama aku guna lampu suluh je... Lagi satu kerja yang sukar menjadi mudah. Bagi yang dah expert dengan pegang telur pun tahu sama ada telur tu ada benih atau tak.

Lepas dah menetas, penjagaan anak ayam pun penting dalam masa 2-3 hari pertama. Aku dulu tengok anak ayam tu susah nak berjalan dan asyik jatuh je aku ingat anak ayam tu lemah tak makan. Aku yang baik hati ni pun bagilah anak ayam tu makan dan minum. Itu adalah satu perkara yang paling tak wajar dilakukan. Anak ayam yang baru je menetas memang masih lemah dan belum kuat kakinya untuk berjalan. Lepas 2-3 hari dalam inkubator bulu anak ayam akan kering dan dah boleh berlari-lari dalam inkubator.

Lagi satu perkara tak wajar yang aku buat ialah tolong anak ayam tu menetas dengan tolong kopek sikit-sikit telur ayam tu lepas anak ayam mula menebuk. Ini adalah tak patut dilakukan sama sekali pada pendapat aku. Anak ayam tu belum keluar sebab belum masanya lagi dia keluar walaupun dah berjam-jam dari masa mula menebuk. Oleh itu, apa yang perlu kita buat hanyalah memerhatikan saja atau biarkan sahaja anak ayam itu menetas dengan sendiri.

Aku tulis semua ni bukan ape, sekadar berkongsi pengalaman yang aku ada dalam bidang penetasan telur ni. Aku amat berpuas hati bila lihat anak ayam tu membesar depan mata aku sendiri. Bagi aku, segala perkara di dunia ni jika kita ada ilmu yang cukup pasti kita berjaya melakukannya. Bagi aku, untuk penetasan telur ayam aku dah berjaya. Sekarang aku tolong orang kampung aku tetaskan telur ayam, itik dan angsa. Itik dan angsa ni masih lagi dalam proses pembelajaran sebab aku belum lagi berjaya menetaskan telur itik dan angsa. Aku amat berterima kasih pada akak yang sudi bagi telur angsa dan itik untuk tujuan pembelajaran aku. Sebagai balasan setiap telur ayam/itik/angsa yang akak tu bagi jika menetas aku tak ambik upah apa pun, semuanya aku berikan pada akak tu.

Setakat ni dah beratus ringgit jugalah aku dapat hasil daripada penjualan anak ayam kampung ori, sebab tu sekarang aku nak start projek penetasan anak ayam kampung ori. Aku harap dengan pendedahan aku pasal penetasan telur ni mampu membantu mereka-mereka yang baru atau bakal membeli inkubator. Jika ada sesiapa yang ingin membeli inkubator bolehlah melawat blog citypullagro . Aku cadangkan citypull sebab saudara Saiful tu menjual inkubator dengan harga yang paling rendah pernah aku jumpa dengan rekabentuk inkubator yang menarik dan menggunakan teknologi force air. Bukan setakat dari Semenanjung Malaysia, malah mereka dari Sabah dan Sarawak pun ada membeli inkubator dari beliau.

Dibawah aku sertakan perkara yang perlu dan yang jangan dibuat semasa melakukan kerja-kerja penetasan telur menggunakan inkubator:

Yang perlu dibuat:-

1. Pusingkan telur 2-3 kali sehari.
2. Periksa air dalam bekas/dulang jika inkubator anda adalah daripada jenis still air.
3. Tuliskan hari terakhir telur menetas. Paling lewat anak ayam akan menetas pada hari ke
21 sejak dari hari telur dimasukkan dalam inkubator.
4. Lakukan candling pada hari ke-6.
5. Pastikan telur kurang dari 7 hari dari hari telur keluar dari ibu ayam.
6. Pastikan gunakan pensel untuk menulis tarikh pada telur.
7. Pastikan anak ayam yang dikeluarkan daripada inkubator diletakkan di bawah mentol
lampu biasa.
8. Sentiasa periksa suhu inkubator, boleh terjadi kes dimana anak ayam yang menetas mati
akibat suhu yang terlampau panas. Ada juga kes dimana inkubator di off tanpa kita sedari.

Yang jangan dibuat:-

1. Jangan basuh telur ayam dengan air.
2. Jangan tulis tarikh pada telur dengan marker pen, kaler magic atau apa-apa selain dari pensel. Bagi yang dah terguna marker boleh je teruskan letak telur dalam inkubator, kuasa Allah takde sape mampu menghalang. Nanti lepas 21 hari boleh kongsi result sama-sama.
3. Jangan lupa pusingkan telur.
4. Jangan kopek kulit telur ayam apabila anak ayam mula menebuk. Tapi terpulanglah jika nak bantu juga, tak salah... tapi risiko tanggung sendirilah ye.
5. Jangan paksa anak ayam yang umur sehari dua untuk makan dan minum.
6. Jangan guna mentol/lampu energy saver untuk anak ayam sebab lampu energy saver tu
biasanya tidak ada haba yang mampu memanaskan anak ayam.
7. Jangan biarkan telur yang sudah melebihi 21 hari di dalam inkubator anda. Anda akan terdedah risiko telur tersebut meletup di dalam inkubator jika membiarkan telur yang sudah melebihi 21 hari masih berada di dalam inkubator. Kalau telur dah mmeletup tu hurrrrmmmmm dia punya aroma memang boleh pengsan!!!! Hehehehe... Aku dah terkena dua kali.. Cooobaaannn!!!

Apa apa pun, ini hanyalah perkongsian ilmu yang aku ada. Moga mampu menjadi panduan. Anda semua boleh juga melakukan kajian untuk meningkatkan peratusan telur ayam menetas. Aku banyak belajar dari saudara Saiful, citypullagro tentang inkubator ni.


AMARAN!!!! Jika telur ayam anda tiada benih setelah dicandling, walaupun penjual inkubator anda memberitahu inkubator yang dijual mempunyai tahap penetasan 100% maka tidak akan menetas jualah telur ayam itu, melainkan dengan kuasa Allah...

Errr... aku confuse juga bila ada orang bertanya kadar penetasan telur untuk setiap inkubator... oppsss!!!!

5 comments:

Anonymous said...

Mcam mana kalau telur ayam tu meneta s pada hari yang ke-23???
Boleh tolong jawab???

abong said...

sebagai student ternakan UPM apa yg boleh saya katakan tentang telur yg menetas pada hari ke-23, adalah kerana suhu yg rendah atau kelembapan terlalu tinggi......

KELI OH KELI said...

BRO...terima kasih..baru saya tahu x yah kopek...sbb ingat nk tolong anak ayam tu...tp kan..bila anak puyuh saya x tolong kopek...dia terus mati dalam telur...adakah suhu incubator terlalu tinngi?suhu incubator saya max 38.4 min 33.8.kena keluarkan anak lepas menetas x bro?huhu...pening dah...sayang telur ada anak tp mati semua...tolong saya bro...

Jarak Atas Agrofarm said...

salam, sudi lah ke blog saya http://ayamtanduksatu.blogspot.com/

Jarak Atas Agrofarm said...

Bro Keli oh keli kalau dah sampai masa menebuk, saudara kena tambah air supaya kelembapan tinggi. Degan kelembapan tinggi cengkerang akan menjadi lembut dan mudah untuk anak puyuh memecahkannya.